Cul-de-Sac

Tatkala kabus menyelubungi jalan yang kian kelam itu
Kelam dek kabus bertoksid yang memenuhi setiap penjuru
Lemas, sesak, jiwa jadi keliru
Atmosfera yang selama ini dirasakan nyaman kian tepu
Hilang, sesat, tak tahu ke mana arah tuju
Benar, kata hati-mu
Jalan inilah yang kau pilih suatu masa dahulu
Dengan yakin kau menyusuri jalan linear yang terbaik pada hemat-mu
Tanpa sedikitpun menoleh ke simpang2 jalan yang setia menunggu

Sering ditanya, apakah kau yakin dengan pilihan-mu?
Tenang, dengan sedikit ego di dada, kau menjawab,
"Iya, iya, ini pilihan-ku..."
"Jalan ini milik aku," itu yang kau selalu seru
Pada-mu, jalan itu indah, selesa, memang ia dicipta untuk-mu

Lantas, tanpa berpaling kau mengorak langkah laju tanpa ragu
Hakikat sebenar yang kau sendiri tidak tahu,
Jalan itu sebenarnya adalah cul-de-sac yang akhirnya akan membiar kau membatu
Iya, tatkala tiba di hujung jalan itu kau terpaku
Menyesali akan pilihan-mu yang dibuat sejak dulu
Menyedari nasib diri yang sebenarnya penuh berliku

Syukur...
Di kala kau terduduk lesu, membatu keliru, tuhan meminjamkan ia kepada-mu
Biar ia hanya bayangan yang tidak pernah dibayangi akan memimpin-mu
Jika ingin berpatah semula, kau masih mampu
Kau mahu? Aku yakin kau mahu.
Dalam hati terfikir, mengapa ia tidak datang sejak dahulu?
Mengapa ia tidak hadir sebelum kau membuat pilihan itu?

Ternyata, kau sendiri tidak mempunyai jawapannya.
Ia juga begitu.
Geleng. Senyap. Diam membisu.
Hikmah tersembunyi, hanya Dia yang tahu.
Teman vs. sahabat x mungkin sama, baru kau tahu
Terima kasih sahabat,
Seikhlas hati, hanya itu yang aku mampu
Kalaupun kehadiran-mu hanya pinjaman untuk sementara waktu
Aku tetap mendoakan yang terbaik untuk kamu.

Thanks a lot, sahabat-ku...;D

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(QS Al baqarah : 216)


tersesat di hujung jalan, masih mampu berpatah balik jika di-izinkan...

eyh...malam td ak mimpikan byg2 tuh....
berani ko eyh byg2....masuk dlm mimpi ak...
sgt x aci...
tp ak suke...haha

0 comments:

Post a Comment