Analisa Awal Tapak

Sebelum cuti semester bermula, saya berkesempatan menijau tapak cadangan projek tersebut dan membuat pemerhatian terhadap keadaan tapak dan juga kawasan sekelilingnya. Lawatan dibuat pada 17 april 2010(sabtu), pada jam 6.30 petang. Berikut adalah sedikit info mengenai keadaan tapak pada masa tersebut;


Ini adalah surau Taman Sutera yang masih digunakan penduduk buat masa sekarang. Mengikut perancangan pada masa hadapan, surau ini akan dikekalkan tetapi fungsinya akan diubahsuai menjadi pusat rawatan/klinik.


Surau tersebut dikelilingi oleh kehijauan pokok2 serta landskap yang hampir memenuhi ruang tapak. Potensi yang dapat dilihat adalah bagi mengekalkan kehijauan di sekeliling kawasan ini semasa proses merekabentuk kompleks tersebut, sesuai dengan konsep Islam yang mengajak manusia mendekati alam seterusnya mengajak manusia berfikir tentang kekuasaanNya.


Kawasan surau ini juga menjadi tempat komuniti berkumpul, di mana dapat dilihat tapak khemah yang digunakan semasa kenduri-kendara. Kawasan lapang yang luas dapat menampung bilangan pengguna di kawasan tersebut, seterusnya menggalakkan interaksi antara penduduk.


Gerai panjaja yang dilihat berdekatan dengan tapak. Potensi yang dapat dilihat adalah mewujudkan pusat penjaja/gerai2 bagi meningkatkan pendapatan untuk membiayai aktiviti di kompleks agama tersebut, seterusnya menggalakkan orang ramai menghidupkan kawasan ini.


Tapak ini juga meliputi kawasan taman permainan serta rekreasi Taman Sutera. Kawasan ini menjadi tumpuan penduduk untuk menjalankan aktiviti riadah terutamanya pada siang hari. Aktiviti di taman permainan, jogging serta permainan bola keranjang dapat dilihat semasa lawatan dijalankan. Potensi kawasan ini akan diambilkira semasa proses merekabentuk kompleks dijalankan.

Bagaimanapun, analisa yang dibuat adalah belum menyeluruh kerana kekangan masa semasa lawatan ke tapak dijalankan. Maklumat akan dikemaskinikan dari masa ke masa.
=)

0 comments:

Post a Comment