.jangan.bersedih.[part1]

Aku ada suatu perkara utk dikongsi bersama, sebagai renungan sesama kita. Orang kata, xelok kedekut ilmu, ilmu yang didapati pun hanya pinjaman sementara.

Last week, semasa sedang menikmati lunch bersama kakak2 office, kami didatangi dengan seorang wanita yang umurnya mungkin dalam 30-an, kasihan, maaf dikatakan, bibir beliau sedikit sumbing, menyebabkan pertuturannya menjadi kurang difahami. Wanita tersebut bercakap dgn kami sambil mem-promote buku-buku yang dibawanya. Buku yang dibawa adalah buku-buku agama. Aku hanya memerhatikan wanita tersebut dan cuba memahami percakapannnya. Terasa hendak membeli salah satu buku yang di-bawa, tapi entah kenapa berat hati ku-rasa. Huhu. Ko mmg hampeh, Fadh...Dah ada peluang depan mata, tapi kenapa...Tidak lama di meja kami, dia beredar tanpa sempat aku bertanya. Nasib ada kakak ofis yang membeli salah satu buku tersebut, yang dalam hati sebenarnya aku mmg teringin nk baca.

Petang td boss adakan meeting utk membincangkan progress masing2. Habes dari meeting, aku singgah di meja kakak tersebut. Yeyey aku nampak buku tersebut. Apalagi, pinjam saje lah… Thanks, Kak Fateh... Buku ini mmg ak perlukan kerna aku sedang dalam proses memulihkan hati yang sdg bergelora. Hidup kan perlu berguru, supaya tidak hilang hala tuju. Alhamdulillah, dapat juga akhirnya... =)


Kandungan buku ini memang menarik aku rasa...Tajuknya, “Jangan Bersedih” oleh Dr.Badrul Amin Bahron.

Berikut adalah sedikit isi kandungan-nya yang telah diringkaskan utk kita share bersama =D

“Dalam kita meniti kehidupan seharian, ada kalanya kita bersedih. Sedih adalah sifat manusia yang dicipta oleh allah S.W.T. Bukankah Allah mencipta tiap sesuatu itu berpasang-pasangan? Sedih lawannya gembira. Derita pasangan-nya adalah suka, bahagia. Namun apa yang perlu ialah bagaimana mengatasi kesedihan. Bagaimana untuk tidak menjadikan sedih itu suatu perasaan yang mengikat diri kita, membelenggu diri kita, sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan, hingga manusia menjadi hilang pertimbangan dan sebagainya.”

Penyakit jiwa manusia:

1) Al-Ham, Humum, keresahan, gelisah : Manusia resah kepada sesuatu yang belum berlaku, contohnya, seorang pelajar melalui exem, dan sedang menunggu keputusan. Tidurnya tidak nyenyak kerana berfikir tentang keputusan yang akan didapati.

2) Al-Hazan, dukacita, sedih : ke atas sesuatu yang telah berlaku. Telah keluar keputusan, dia sedih kerana gagal, dan berdukacita.

3) Al-‘ajz – lemah ,
4) Al-kasl – malas : Lemah dan malas akan membelenggu manusia sehingga menjadikan-nya manusia yang tidak produktif, tidak boleh diharap serta lupa-kan tanggungjawab.

5) Al-jubn – sifat takut : Takut dalam menyatakan kebenaran serta yang hak.

6) Al-bukhl – sifat kedekut : Manusia terikat dengan hartanya, enggan bersedekah serta memberi.

7) Gahalabatid-dain – beban hutang : Hutang yang banyak melingkari tubuhnya. Melihat orang senang, dia juga ingin senang, maka sanggup berhutang.

Dan berikut adalah doa yang diajar-kan Nabi s.a.w:


'Yaa Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari rasa gelisah dan sedih, dan aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan,dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat kikir dan pengecut, dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan penindasan manusia".

Kandungan selain-nya akan ak tambah kemudian. Tapi yang penting sekarang, jiwa semakin tenang...=)

0 comments:

Post a Comment