Hari Pengguna 2010 -Comic Competition for Amateur

Semalam Tuhan kasi aku ilham...ilham secara tiba-tiba semasa melihat-lihat komik Naruto...ilham untuk sebuah comic competition...yg x besh-nyer, stationaries sume xde...sbb sumenye ade di utm skudai...huhu...balik kerja td...g shopping sorang2 beli alatulis *walaupungajixdapatlagi*...tp sempat juga beli baju sehelai due...haha

berbalik kepada competition tersebut, ianya adalah anjuran terbuka peringkat kebangsaan yang boleyh di-sertai oleh para amatur...hadiah-nya agak pergghhh..., yang mana kalao-la ak dapat...dapat la nk g shanghai world expo tu...Godwilling...*beranganmestikuat*

tapi kalao xdapat pon xpe...sbb ak memang masuk suka-suka...byk lagi org-org besh di-luar sana...*ayatsedapkanhatisendiri* heheh...

tetapi di-sebabkan ia adalah sponsored by the government utk educational purposes, maka terpaksa-lah ia di-buat dalam version yang agak skema.dan yg lebih limited-nya adalah maximum frames yang dibenarkan hanyalah 3 sahaje...sedey2...tp ak cuba la...

semalam dh sketch drawing guna pencil, arini di-pekatkan dgn art pen sebelum ia di-bawa masuk ke dalam badan mr.lappy yg handsome. tp ada part yang belum siap kerna part tangan yg agak susah...huhu....nk kene imagine dulu bentuk tangan tersebut...

inilah dia...kalao xchantek jangan-la kutuk...haha



step seterusnya adelah nk kemas-kan lagi inking tersebut+masuk ke photoshop...tp sebelum itu nk kene belajar tutorial colouring in PS dulu...huhu...maklumla xterer...kene la berguru...

one of the options, from you-tube ;)



*amateur ( ) n. A person who engages in an art, science, study, or athletic activity as a pastime rather than as a profession - answer.com

ilham.datang

Petang ini sepatutnya ak menyiap-kan segala logbook+practical report...kerna lecturer bila2 masa akan dtg melawat...tapi...terasa tiada mood nk membuat...malam nie sajalah nampak-nya...kerna...tiba-tiba sahaja...

syukur...
ilham sudah dtg...
tuhan bagi ak ilham...
terima kasih, Tuhan!
+(^^,)+

que-sierra-sierra

Tiba-tiba aku teringat-kan suatu lagu...lagu ini sering ku-dengar pada masa aku menjadi baby-sitter sepenuh masa utk ank2 sedara-ku suatu masa dahulu (lepas habes spm)...sebuah kids song dari sebuah cd lagu kanak-kanak yg terpaksa aku layan saban waktu ketika itu...sgt bosan,huhu...tp ada suatu lagu yang menarik perhatian, di-sebabkan lyrics-nya yg seronok utk di-digestkan ke dlm kepalahotak-ku...lantas ak mencari2 video itu di youtube...tp hampa sbb xde pon wujud...yang ade cume version lain, bukan version kanak-kanak yg aku cari...iaitu dendangan penyanyi asal-nya iaitu Doris Day...maksud que sera sera (French) adalah "whatever will be, will be"...and surprisingly, lagu ini penah menang award utk lagu terbaik suatu masa dahulu...baru ku-tahu....
The song received the 1956 Academy Award for Best Original Song with the alternative title "Whatever Will Be, Will Be (Que Sera, Sera)-wikipedia-


When I was just a litle girl
I asked my mother "what will I be?"
"Will I be pretty"
"Will I be rich?"
Here's what she said to me

Que sierra sierra
Whatever will be, will be
The future's not eyes, to see
Que sierra sierra
What will be, will be

.favourite.poem.

This is one of ma favourite poems, which i learned when i was in Form3 i think...cannot remember edy...(during the English subject, where it is compiled in d "Selected Poems+Short Stories" literature text bukz). I loike dis poem so much until i could remember all those words contained in dis poem, cool huh? haha... (during dat time ler, now forgot oready...;p) It is about a dad's advice to his son about the rules of life, how to be brave+strong n overcome all d various situation dat he might be facing along d journey of life...Enjoyin' lotsa beautiful sayings+rewlly inspiring...Fadhlina Ahmad love dis! naiiisss... =D

IF.... by rudyard kipling

If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you,
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, don't deal in lies,
Or being hated, don't give way to hating,
And yet don't look too good, nor talk too wise:

If you can dream - and not make dreams your master,
If you can think - and not make thoughts your aim;
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same;
If you can bear to hear the truth you've spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build 'em up with worn-out tools:

If you can make one heap of all your winnings
And risk it all on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breath a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: "Hold on!"

If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with kings - nor lose the common touch,
If neither foes nor loving friends can hurt you,
If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds' worth of distance run,
Yours is the Earth and everything that's in it,
And - which is more - you'll be a Man, my son!


Rudyard Kipling (1865-1936)

+ Dis mornink i bought a book entitled "The Complete Idiot's Guide-The Law of Attraction"...yeay! although i'm not so idiot, i tink i should read dis...~.~
But haven't finish readin' yet coz so many other responsibilities...once i finish read d book, 4 sure i'll share it here...=)

kombo hari ini

pagi td sgt best.
pagi2 lagi jumpa budak kecik comel tu.
sgt comel. budak tu suke sengih2 tanda nk ngorat aku.
tergode oo aku....;p
seap lambai2 dgn muke somel-nya. kiut2.
buat ak rasa nk kawen cepat je. huhu.

tengahari td x best.
saket lagi. macm nk pengsan je td.
mmg xlarat even nk berdiri
nak ambil mc tapi terasa rugi.
akibatnya tyme lunch hour ak tido lagi.
saket+sejuk+nk termunt = kombinasi yg amat ranggi.
pergghhh...

petang td best.
dh makan ubat. terus jd semangat.
berjaya siapkan construction detail utk boss semak.
seronok sgt. at least time cuti ni xdela beban kerja dtg menyemak.
balik pun cepat.

malam td agak best.
setelah berjaya menempuh jalan jem yg sgt hebat
berjaya ber-sopink2 dgn kakak+adik laki.
berjaya beli jeans yg ak cari-cari. happy.

sekarang? agak x best.
sbb rasa agak keseorangan.
dan bisalah, aku kan insomnia.
~.~

kombo hari ini yg sgt pelbagai.

.renungan.dlm.mencari.

Sedang keseorangan, berfikir ;
Teringat kata-kata ayahanda En.Azmi,
Nothing happens because of co-incident..."

Bila di-kejar, kita terkadang keras kepala.
Dalam mengejar, kita terkadang alpa.

Bila mendapat kesenangan, terkadang kita terlampau bangga.
Tatkala ditimpa kesusahan, kita meraung hampa.

Sedangkan kita terlupa.
Bukan-kah semua perkara telah tertulis sejak azali?
Jodoh pertemuan, kesusahan , nikmat kesenangan serta rezeki ,
semua-nya tertakluk pada kehendak-Nya.
Kita makhluk Tuhan tidak akan mampu bersembunyi.

Semuanya tertakluk pada qada' dan qadar Yang Maha Esa.
Dan semua perkara mempunyai hikmah di-sebaliknya.
Yakin lah.

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
[Al Baqarah:117]

.jangan.bersedih.[part2]

Sedih Dalam Mencari

“Dalam hidup ini, apa yang kita cari? Jawapannya berbagai. Ada yang mencari harta, teman sejati, keseronokan, hiburan dan ada yang mencari benda-benda yang pelik-pelik. Apa pun yang kita cari, kadangkala ia membawa kegelisahan dan keresahan di hati – apakah akan bertemu ataupun tidak?

Kalau saya bertanya pada saudara, apakah pencarian yang lebih besar daripada mencari Tuhan? Apakah pencarian yang lebih bermakna, yang lebih hebat, dari mencari Tuhan?

Tidak ada nikmat selain bertemu dengan Khaliq. Tidak ada nikmat selain bertemu dangan Allah SWT. Dan Alhamdulillah, dengan nikmat iman yang dibawa oleh Rasulullah SAW, kita mengenal Tuhan kita.”

Syukur ya Allah...

Takut Tak Dapat

“Rasa gelisah datang manimpa manusia, kerana kurang-nya keyakinan terhadap Allah SWT. Ada yang resah gelisah kerana takut x dapat sesuatu. Dia bekerja siang dan malam mencari harta dan wang ringgit. Dia tidak yakin dengan Allah.

Dia lupa bahawa Allah yang memberikan rezeki, Allah yang mengurniakan rezeki serta kadar rezeki untuk seseorang. Yakinlah saudara. Keyakinan itu akan menghilangkan keresahan, kegelisahan, kesedihan, serta kedukaan di hati.”

Takut Hilang

“Ada orang bersedih kerana hilang sesuatu. Hilang harta, hilang anak, hilang suami, hilang isteri. Dia menjadi dukacita. Terkadang-kadang dia hilang punca. Mengapa harus demikian?

Laa tahzan, jangan bersedih. Bukankah segala apa yang Allah kurniakan kepada kita hanyalah pinjaman sementara. Tiada yang kekal.

Allah beri, Allah tarik kembali. Bukankah itu adat ,meminjam? Kita hanyalah meminjam harta daripada Allah SWT. Dan jikapun kita katakana bahawa kita pemegang amanah Allah, maka sifat orang yang memegang amanah ialah suatu masa dia terpaksa memulangkan semula amanah itu kepada sang empunya.”

Sedih Kerana Masalah

“Apabila musibah menimpa, Allah tarik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu nikmat untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.”

Sedih Kerana Kesalahan


“Terkadang kesalahan kita itu terlalu mencangkam perasaan kita. Akhirnya kita bersedih. Ada yang begitu murung, sedih kerana kesalahan yang menghantui fikirannya.

Tapi mengapa harus bersedih? Bukankah Allah maha pengasih maha penyayang? Bukankah Allah ghaffaar? Bukankah Allah tauwaab? Allah maha pengampun, Allah penerima taubat. Berlapang dada kepada Allah. Ya benar kita buat dosa, kita buat salah, tapi Allah sentiasa menanti kehadiran kita untuk menerima taubat kita.”

*Entri ini adalah rumusan yang di-ambil dari buku Jangan Bersedih oleh Dr. Badrul Amin Bahron, bekas pensyarah undang2 di Universiti Islam Antarabangsa M’sia (UIAM)*

Melihat sekeliling. Terdiam tanpa sebarang bicara. Benar, Allah mengurniakan aku dengan pancaindera yang sempurna. Segala keperluan asas juga mencukupi. Apa lagi yang kau mahu Fadhlina? Terdiam lagi. Tatkala di-uji dengan perkara2 kecil sahaja, aku terkadang menjadi leka dan hilang punca. Kadang-kadang aku bersedih, kadang-kalang mengeluh mengenang nasib diri. Sedang-kan aku terkadang lupa, masih ramai lagi manusia yang mempunyai nasib yang jauh susah dari diri ini. Manusia kan di-uji dengan pelbagai cara, supaya kita semua dapat berfikir serta merenung akan keesaan-Nya. Syukur... Minda ku masih lagi menjejak alam nyata. Aku semakin bertenaga.

Untuk renungan bersama. Semoga kita semua sentiasa dipayungi rahmat kebesaranNya. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk serta hidayah kepada semua. Semoga hidup kita akan sentiasa diberkati oleh-Nya. Amin...

jari-menari-nari

hobi aku di kala busan...men-conteng di atas kertas putih...
tatkala minda terasa nk meluahkan, tp tataw pada siapa...
maklumla...xde pakwe...haha *ayattabuleyblah*



eyh...aku nk kene warm-up nie...jari jemari sudah keras...style lukisan pn da macm anak-anak tadika melukis...[mungkin mereka punya even better than me...huhu].teringin nk join satu competition tue...comic illustration for amaetur...tataw sempat ke tak nk kejar dateline, selagi kemalasan menghuni diri...lgpun belum ada idea nk suit-kan dgn theme yang dia bagi...

idea-idea, come to mama pleassseeee....~.~

.jangan.bersedih.[part1]

Aku ada suatu perkara utk dikongsi bersama, sebagai renungan sesama kita. Orang kata, xelok kedekut ilmu, ilmu yang didapati pun hanya pinjaman sementara.

Last week, semasa sedang menikmati lunch bersama kakak2 office, kami didatangi dengan seorang wanita yang umurnya mungkin dalam 30-an, kasihan, maaf dikatakan, bibir beliau sedikit sumbing, menyebabkan pertuturannya menjadi kurang difahami. Wanita tersebut bercakap dgn kami sambil mem-promote buku-buku yang dibawanya. Buku yang dibawa adalah buku-buku agama. Aku hanya memerhatikan wanita tersebut dan cuba memahami percakapannnya. Terasa hendak membeli salah satu buku yang di-bawa, tapi entah kenapa berat hati ku-rasa. Huhu. Ko mmg hampeh, Fadh...Dah ada peluang depan mata, tapi kenapa...Tidak lama di meja kami, dia beredar tanpa sempat aku bertanya. Nasib ada kakak ofis yang membeli salah satu buku tersebut, yang dalam hati sebenarnya aku mmg teringin nk baca.

Petang td boss adakan meeting utk membincangkan progress masing2. Habes dari meeting, aku singgah di meja kakak tersebut. Yeyey aku nampak buku tersebut. Apalagi, pinjam saje lah… Thanks, Kak Fateh... Buku ini mmg ak perlukan kerna aku sedang dalam proses memulihkan hati yang sdg bergelora. Hidup kan perlu berguru, supaya tidak hilang hala tuju. Alhamdulillah, dapat juga akhirnya... =)


Kandungan buku ini memang menarik aku rasa...Tajuknya, “Jangan Bersedih” oleh Dr.Badrul Amin Bahron.

Berikut adalah sedikit isi kandungan-nya yang telah diringkaskan utk kita share bersama =D

“Dalam kita meniti kehidupan seharian, ada kalanya kita bersedih. Sedih adalah sifat manusia yang dicipta oleh allah S.W.T. Bukankah Allah mencipta tiap sesuatu itu berpasang-pasangan? Sedih lawannya gembira. Derita pasangan-nya adalah suka, bahagia. Namun apa yang perlu ialah bagaimana mengatasi kesedihan. Bagaimana untuk tidak menjadikan sedih itu suatu perasaan yang mengikat diri kita, membelenggu diri kita, sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan, hingga manusia menjadi hilang pertimbangan dan sebagainya.”

Penyakit jiwa manusia:

1) Al-Ham, Humum, keresahan, gelisah : Manusia resah kepada sesuatu yang belum berlaku, contohnya, seorang pelajar melalui exem, dan sedang menunggu keputusan. Tidurnya tidak nyenyak kerana berfikir tentang keputusan yang akan didapati.

2) Al-Hazan, dukacita, sedih : ke atas sesuatu yang telah berlaku. Telah keluar keputusan, dia sedih kerana gagal, dan berdukacita.

3) Al-‘ajz – lemah ,
4) Al-kasl – malas : Lemah dan malas akan membelenggu manusia sehingga menjadikan-nya manusia yang tidak produktif, tidak boleh diharap serta lupa-kan tanggungjawab.

5) Al-jubn – sifat takut : Takut dalam menyatakan kebenaran serta yang hak.

6) Al-bukhl – sifat kedekut : Manusia terikat dengan hartanya, enggan bersedekah serta memberi.

7) Gahalabatid-dain – beban hutang : Hutang yang banyak melingkari tubuhnya. Melihat orang senang, dia juga ingin senang, maka sanggup berhutang.

Dan berikut adalah doa yang diajar-kan Nabi s.a.w:


'Yaa Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari rasa gelisah dan sedih, dan aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan,dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat kikir dan pengecut, dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan penindasan manusia".

Kandungan selain-nya akan ak tambah kemudian. Tapi yang penting sekarang, jiwa semakin tenang...=)

Hadapi Dengan Senyuman - Dewa

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Kata-kata semangat utk pagi2 ini...
Buat hati ak semakin senang...
Jiwa jua sudah semakin tenang...
Ak terasa bersemangat,oyeah!
Terima kasih, Tuhan...

semangat-sudah-kembali-ke-pangkuan

bgun pagi ini, ak terasa bersemangat.
bak kata sam bunkface, semangat baru, perjuangan yang satu...~
xtau kenapa...terasa hati ini berbunga-bunga.
Alhamdulillah...syukur...aku tiba-tiba berasa yakin+gumbira...
owh...mungkin kerna battery ku suda full selepas di-charge semula...

ataupun kerna kata-kata Brandon yg saban hari menjengah telinga;
Coming out of my cage
And I've been doing just fine
Gotta gotta be down
Because I want it all
+
But it's just the price I pay
Destiny is calling me
Open up my eager eyes
Cause I'm Mr. Brightside
...
[dlm hal ini ak ingin menjadi Ms.Brightside]
suke2...=D

ataupun mungkin juga kerna...
ak mimpikan dia...lagi...
syok sendiri pempuan ni...biarlah...
yg penting ak gembira...oyeah!
\(^_^)/


*malu-malu-malu*

lincah-lincah

Hari ini aku masih lagi pergi bekerja. Even kawan2 lain mungkin sedang bergembira...Iyalah, nama pun ahad kan? Hari ini sepatutnya diguna utk merehatkan minda. Tapi aku, disebabkan masih byk lagi saki baki kerja yang boss beri, aku gagahkan jua....
Huhu...alasan je sebenarnya...

Sebenarnya aku lagi suka menyibukkan diri tatkala kepalahotak aku tengah bergelora. Bukannya malas hendak bersuka-ria, tapi penat nk menghadapi kerenah manusia buat seketika. Jadi buat masa ini aku hanya involve dalam perkara yang aku suka, menda2 lain...hold on dulu...bak kate jijan, lex2 lu...sap kok lu....haha

Lately nih banyak sgt menda menyibuk dalam palehotak aku...aku ni dahla jenis yg mmg byk sgt berfikir, sbbnya ak sendiri pun xtahu...mungkin sejak kecik2 ma mmg kasi ak segala food yang menambahkan kelincahan otak kot...Len macm jek ak rase bile beso nih...haha...ataupun aku memang dilahirkan sebagai seorang pemikir ala2 mcm Albert Einstein tu?haa...itu yang kita xtaw tu...huhu

Eyh tapi kan lately ramai kawan2 dtg kepada-ku, menceritakan perihal masalah masing2...hehe...ak layankan aja, sedang kepalehotak sendiri berselirat dngn wayar-wayar yang ntah datang dari mana...Tp yg paling gembira, hari ni ak dapat tolong solve-kan problemo member-ku yg Chinese sorang tuh...Happy bile tgk kawan2 happy...Today is really a lucky day for her...Well, i think die mmg brilliant n she deserved to get whut she got today...Siap member tu doakan aku lucky hari ni..."Hopefully u'll get a pot of gold today...." Heh, bila balik keje td tade la plak ak tersepak emas ke apa...Kalao x da kaya dh, esok xyah g keje...haha =P

Battery ak sebenarnye sgt weak suda...I've tried to sleep but I just cannot....Mungkin da terkena insomnia...
Pity me....~.~

New Hobby =)

Hurm...kinda liking dis new hobby...I never thought dat writing could be really cool, especially when ur head is filled up with a lot of unnecessary thing, smashed with a lot of trashes all of the sudden. Hey actually I knoe nottin’ bout writing. I’ve forgotten all about it since I left my secondary skool I tink, which happened 6 years ago... [i'm old oready...huh...] All I know is I can transfer anything dat come cross my mind, directly down to my fingers, and goin' straight to dis keyboard. I love dat, which can make me feel a lot better than bfore, cool huh? And d most important thin' is dat I can share all the probs together wit my handsome lappy, owhhh... So adorable...sharing is caring isn’t it?=P

Owh gosh now I remember one funny thing...when I was in my secondary skool, a lot of English teachers keep telling me this, “Fadhlina, ur writing is quite good, but wit a lot of spelling errors in ur essays...haha...well, if thts d case, I oso cannot help myself lor..., if they can see my writing rite now they gonna faint and collapse to the ground...so sorry, teachers! [Dun wanna learn from mistake, berlagak, huh?] ~.~

.cuba.melakar.

Pemikir berfikir lagi.tibe2 terfikir sesuatu.oh ye kan ritu ak de cakap nk lukis pic ayah ak...tadaaa...dh dapat idea.lantas ak pn mencari la sekeping kertas+sebatang pensel+sekeping foto sbg rujukan...ek eleh fadh..macm la ko reti...reti xreti pun, ak nak try gak...huhu.di bwh adalah langkah2 penghasilan so-called potrait nih [padahal x jadi pun]


Menggunakan grid line sbg reference kerana ak mmg tataw nk melukis potret ni sebenarnye....lastyme buat pon mase form5....huhu..lakaran bentuk muke dibuat terlebih dahulu...oh ye...ia xnampak sketchy sbb ak mmg jenis buat line yg kemas2 jek...da jd tebiat...huhu. Menggunakan pensel mekanikal.

Mula melakar bentuk mata, hidung n mulut...seterusnya di-pekatkan dgn penggunaan pensel 8B

Tadaaa....kan dh ckap, xjadi...tgk dh macm ayah org lain dh...huhu...keciwe2...ak nk kene berguru ne...~.~

Cul-de-Sac

Tatkala kabus menyelubungi jalan yang kian kelam itu
Kelam dek kabus bertoksid yang memenuhi setiap penjuru
Lemas, sesak, jiwa jadi keliru
Atmosfera yang selama ini dirasakan nyaman kian tepu
Hilang, sesat, tak tahu ke mana arah tuju
Benar, kata hati-mu
Jalan inilah yang kau pilih suatu masa dahulu
Dengan yakin kau menyusuri jalan linear yang terbaik pada hemat-mu
Tanpa sedikitpun menoleh ke simpang2 jalan yang setia menunggu

Sering ditanya, apakah kau yakin dengan pilihan-mu?
Tenang, dengan sedikit ego di dada, kau menjawab,
"Iya, iya, ini pilihan-ku..."
"Jalan ini milik aku," itu yang kau selalu seru
Pada-mu, jalan itu indah, selesa, memang ia dicipta untuk-mu

Lantas, tanpa berpaling kau mengorak langkah laju tanpa ragu
Hakikat sebenar yang kau sendiri tidak tahu,
Jalan itu sebenarnya adalah cul-de-sac yang akhirnya akan membiar kau membatu
Iya, tatkala tiba di hujung jalan itu kau terpaku
Menyesali akan pilihan-mu yang dibuat sejak dulu
Menyedari nasib diri yang sebenarnya penuh berliku

Syukur...
Di kala kau terduduk lesu, membatu keliru, tuhan meminjamkan ia kepada-mu
Biar ia hanya bayangan yang tidak pernah dibayangi akan memimpin-mu
Jika ingin berpatah semula, kau masih mampu
Kau mahu? Aku yakin kau mahu.
Dalam hati terfikir, mengapa ia tidak datang sejak dahulu?
Mengapa ia tidak hadir sebelum kau membuat pilihan itu?

Ternyata, kau sendiri tidak mempunyai jawapannya.
Ia juga begitu.
Geleng. Senyap. Diam membisu.
Hikmah tersembunyi, hanya Dia yang tahu.
Teman vs. sahabat x mungkin sama, baru kau tahu
Terima kasih sahabat,
Seikhlas hati, hanya itu yang aku mampu
Kalaupun kehadiran-mu hanya pinjaman untuk sementara waktu
Aku tetap mendoakan yang terbaik untuk kamu.

Thanks a lot, sahabat-ku...;D

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(QS Al baqarah : 216)


tersesat di hujung jalan, masih mampu berpatah balik jika di-izinkan...

eyh...malam td ak mimpikan byg2 tuh....
berani ko eyh byg2....masuk dlm mimpi ak...
sgt x aci...
tp ak suke...haha

Favourite Stuffs

Ak paling suke satu ungkapan ini;

"Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita, lalu DIA datangkan guruh dan kilat... Puas kita menangis...menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari kita... Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..:) "

Owh...patotla barang2ku sangat colourful...hehe...teringat kate2 sharlina ramzah; "Kalo tgk colourful je, tadika, pelangi, paddle pop, smua lah...mesti teringat kmu..." copy paste from my facebook...=p

Bila tgk2 balik....memang pun...some of my favourite stuffs:

a)sesaje buat masa baru belajar adobe photoshop...image gelang2 di-bentukkan menjadi seperti ini...

b)taddaaaa...inilah gelang2nyer...huhu...dah xpakai dah skunk...da insap...=p

c)pic semasa experimen Fizik Lingkungan (2nd year), tali camera beli last year, plus jam tangan baru beli last week ~.~

d) tali kamera bersame kamera nyer bersame tgn tuan kamera sekalik ;p

e)cubicle mase 2nd year, wit adiey+anisput+aida...

f)bola2 api yg dibeli mase 3rd year kowt...tp lepas tu ak jual smula mase ade event archi ape ntah.dah lupe.n nametag design for mr.fawwaz.

g) now i knoe...ptotla ilham ak tetibe jek dtg masa tuh terus dpat idea nk create character 'Merak Kayangan' nie...sbb ia perlukan byk colour...beliau pn sebahagian dr ak rupenyer...;p

These are some of the pics yg ak bejaye korek2 dlm bdn mr.lappy yg ensem nie...de byk ag belongings yg kalernye macmni...walpaper, wedges, curtain kt studio, beg make-up,dsb...huhu....fadh2...bile ko nk mature ni?

Tapi xpe...mereka buat ak rase muda, jd muda.
Haha (^_^)

holiday...again...

Cuti semester kali ini kurasakan sgt berbeza dengan cuti-cuti yang biasa. Cuti ini agak banyak juga ilmu-ilmu baru yg dapat ak explore. Mungkin juge mende2 ini sudah memang wujud dalam diri ak, cuma ak sahaja yg malas mencuba...

Mungkin juga kerana pada cuti ini ak dapat belajar sesuatu yang indah pada pandangan mata hati-ku. Mungkin. Benar, selama ini kehidupan-ku hanya berkisar kepada benda2 yang berlaku di sekeliling radius yang melingkari jasad-ku. Mungkin, selama ini ku-rasakan semua perkara yang dibuat adalah tertakluk pada penghayatan mata kasar-ku. Well, pandangan mata kasar mmg boleh mengaburi, tetapi jika melihat menggunakan mata hati, banyak lagi hikmah tersembunyi yang perlu digali. Pergaulan bersama rakan2 juga agak terbatas dek kerana sbb2 yang ak sendiri kurang pasti.

Hidup di ibu kota sewaktu cuti sebegini, ak suka memerhatikan tingkah-laku manusia. Tiba waktu lunch bersama rakan2 se-ofis, mata-ku leka memandang gelagat puluhan manusia. Mereka berjaya membuat otot-otot di kepalahotakku bergetaran penuh tanda-tanya. Dan byk juga cerita x enak dikongsi bersama.

Hurm...biasalah manusia...pelbagai ragam dan seribu-satu cerita. Ak sendiri punya sejuta rahsia. Kadang-kala terasa muak bila sejuta rahsia disimpan di dada. Adakala terasa nk terjeluak pun ada. Serious xtipu, huhu. Meronta-ronta minta dilepaskan, tp pada siapa?

Ak cuba menulis, sedangkan ak memang buta dalam penulisan. Ak mmg xpernah begini, sbbnya, ak xsuka pada ejekan manusia. Dan ak juga takut segala rahsia hati-ku dapat org baca. Tapi kini ak xperlu lagi mendengar kata-kata mereka. Sedangkan manusia yang paling ak percayai juga menikam diri-ku rupanya. Hurmmm.... Tetapi ak juga sebenarnya kurang pasti apa yang ingin ku-tulis. Pada hakikatnya dari tadi lagi menari2 pointer mouse ini di monitor mr.lappy tercinta. Biarkan. Biarkan sahaja. Ak dan rahsia2, simpan sahaja d dalam dada.

Habeh2 tensen pon, ak masih ada airmata. Huhu.
Biar sahaja mulut ini membisu.
Biar dalaman terluka asalkan luaran nampak seperti happy selalu. Tu dh jadi prinsip hidup ak.
Buat apa nk emosi2, nnt diri sendiri rase cam saket hati.


Yeyey...go go fadh! +\(^_^)/+

aku-masih-punya-kamu-kamu

sedang ak termenung di carpet itu
hati tiba-tiba terasa kosong, pilu...
tiba-tiba, ak terasa kehilangan sesuatu...
dan tiba-tiba juga,

di malam yang hening ini
ak bertafakur kepadaMu tuhan-ku,
sesungguhnya terasa ada suatu vibration berdenyut2 di kepalaku
mengganggu alignment2 otak yang terasa berdenyut tetapi beku
saket...begitu hebatnya dugaan itu,
ya tuhan...bantulah hambaMu...

lantas, ak teringatkan sesuatu,
tuhan tidak akan menguji manusia di luar kemampuan hambaNya itu

oh ya...ak masih punya kamu
lantas jari jemari ligat menari2 di atas kekunci mr.sony kegemaranku
berharap agar dapat segera mendengar suaramu, cinta-ku
ma...jika kamu dapat mendengar rintihan anakmu
tika saat ini ak sgt2 memerlukan kamu sayang-ku
dan ayah-ku jua...
sumber kekuatan-ku
sesungguhnya ak amat mendambakan kasih sayang dari kamu2...

syukur...hati ini terasa amat tenang bila mendengar cerita-nya
gelak tawa-nya pantas meniti masuk ke telinga-ku lantas menggerakkan alignment2 otak yang tadinya terasa hampa
pantas sungguh penawar dr seorang ibu menusuk jiwa
tp sayang, kredit celcom-ku tidak cukup untuk menghabiskan cerita serta ketawa gembira
maafkan ak, ma... xsempat kita menamatkan bicara

di dalam hati-ku ak berdoa
oh Tuhan...panjangkan umur mereka
sesungguhnya ak memang tidak punya apa-apa
sesungguhnya hanya mereka yang ak ada

terima kasih, ya allah...

oh ya..ak mengaku ak rindukan bayangan itu
byg2 yg bukan milikku
huhu

terasa-merasa-perasaan

due tige hari nie...ak terase nk menulis...
menulis ttg ape...ak sendiri pun xpasti...
yang pastinye...ak mmg terase nk menulis...
mengidam kah?

hurm...
jika menulis ttg hati...nnt orang kate emosi...
nk tulis ttg archi, bnyk mende lagi yg ak sendiri blum explore lg...
ntah lah...ak terase nk biar je jari2 nih menari2,
kt atas keyboard mr.lappy...
sweetnyer...

hey...kenapa nk kisah kate2 orang...
bukannye mereka merasa ape yg ak rasa...
bak kate sifoo; ni kan kanvas sendiri...sukati ak la...
haha

due tige hari ni...ak terase nk melukis juge...
dh lame xpegang pensel...+kertas putih juge
tibe2 teringat...dulu dpt jugk merasa melukis project gune charcoal,pade suatu masa...stylo-mylo+cool...
perghh....seronok....

due hari lepas, hari lahir ayah ke 60,
kate ayah,sweet sixty..hehe....comel saje ayahku tuh...
tibe2 terasa, dah lame rupenya x bagi hadiah kat ayah...eyh...bile last tyme ak kasi pon ak lupa..
ak tgh mencari2 foto ma+ayah...terasa cube melakar foto mereka...
harapan ak,semoga ak berjaya...

due tige hari ni juge...ak terasa sesuatu...
ad sesuatu berjoget2 di kepalehotakku...
sesuatu yg dh lame x muncul kat situ...
hurm...ak merasa perasaannye...seperti...
terasa seperti ak rindukan bayangan itu...

tp...name pon bayangan kan...
ade ke org berjaya kejar byg2 nih?
makin dikejar makin jauh die pergi...
jadi...ak cuba utk tidak mengejar...supaye die xlari...
tp...mampukah? siape la ak ni...
sedarla sikit diri tuh kak oi...
byg2...tolonglah jgn berjoget2 kt situ lg...
hurm...tp ak taw...lambat laun ia tentu akan pergi...
sedey2

haha...giler per ak nih...
xpelah...yg pnting perasaan-ku yg skrg,happy
huhu...
biarlah...

owh...ak perlukan kerajinan utk melayan semua kehendak perasaan ini...
nafsu perempuan memg la byk...
~.~

Proposed Tune Hotel Building

This project studio was done when i was in 3rd year, semester1, in my Urban Studio Workbase under Mr.Yusri. We were assigned to design a Tune Hotel in Kampung Cina, Kuala Terengganu. During this project i'd learned how to synchronize the client requirements to match with the site surrounding. As the site was located in a Chinese Settlement, i'd tried to bring the sense of welcoming as the site was located next to the gateway of Kampung Cina. The precedent study was taken from temple architecture, where it helped me a lot in arranging the spaces inside the hotel. We were required to understand the concept of Tune Hotel, where bigger spaces were needed to become commercial areas as to gain more profit to the client. Total height was 7-storey building.


tyme awal2 belajar gune v-ray ;p

Analisa Awal Tapak

Sebelum cuti semester bermula, saya berkesempatan menijau tapak cadangan projek tersebut dan membuat pemerhatian terhadap keadaan tapak dan juga kawasan sekelilingnya. Lawatan dibuat pada 17 april 2010(sabtu), pada jam 6.30 petang. Berikut adalah sedikit info mengenai keadaan tapak pada masa tersebut;


Ini adalah surau Taman Sutera yang masih digunakan penduduk buat masa sekarang. Mengikut perancangan pada masa hadapan, surau ini akan dikekalkan tetapi fungsinya akan diubahsuai menjadi pusat rawatan/klinik.


Surau tersebut dikelilingi oleh kehijauan pokok2 serta landskap yang hampir memenuhi ruang tapak. Potensi yang dapat dilihat adalah bagi mengekalkan kehijauan di sekeliling kawasan ini semasa proses merekabentuk kompleks tersebut, sesuai dengan konsep Islam yang mengajak manusia mendekati alam seterusnya mengajak manusia berfikir tentang kekuasaanNya.


Kawasan surau ini juga menjadi tempat komuniti berkumpul, di mana dapat dilihat tapak khemah yang digunakan semasa kenduri-kendara. Kawasan lapang yang luas dapat menampung bilangan pengguna di kawasan tersebut, seterusnya menggalakkan interaksi antara penduduk.


Gerai panjaja yang dilihat berdekatan dengan tapak. Potensi yang dapat dilihat adalah mewujudkan pusat penjaja/gerai2 bagi meningkatkan pendapatan untuk membiayai aktiviti di kompleks agama tersebut, seterusnya menggalakkan orang ramai menghidupkan kawasan ini.


Tapak ini juga meliputi kawasan taman permainan serta rekreasi Taman Sutera. Kawasan ini menjadi tumpuan penduduk untuk menjalankan aktiviti riadah terutamanya pada siang hari. Aktiviti di taman permainan, jogging serta permainan bola keranjang dapat dilihat semasa lawatan dijalankan. Potensi kawasan ini akan diambilkira semasa proses merekabentuk kompleks dijalankan.

Bagaimanapun, analisa yang dibuat adalah belum menyeluruh kerana kekangan masa semasa lawatan ke tapak dijalankan. Maklumat akan dikemaskinikan dari masa ke masa.
=)

Cadangan Projek

Projek yang dicadangkan pada tapak tersebut adalah sebuah kompleks agama yang bakal menjadi mercu tanda (landmark) kepada Taman Sutera pada masa yang akan datang. Berikut adalah ruang-ruang yang perlu dirangkumkan pada kompleks tersebut (yang telah saya ringkaskan di dalam bentuk jadual)



Berdasarkan ruang2 ini juga, saya telah membahgikan ia kepada ruang-ruang yang lebih kecil yang perlu diambilkira di dalam sesuatu unit ruang tersebut ;



Ruang2 ini akan ditambah apabila kajian mengenai penduduk serta aktiviti mereka dianalisa kelak.

Tapak Cadangan

Tapak Cadangan adalah sebuah tapak yang sekarang ini menempatkan surau Taman Sutera serta taman permainan yang menjadi pusat riadah penduduk pada masa skrg...









Pendahuluan

Assalamualaikum w.b.t...

Berikut merupakan cadangan projek yang akan saya laksanakan bagi menjalani pre-tesis bagi semester 1 (2010/2011) yang akan datang. Tajuk projek tahun akhir yang telah dipilh adalah 'Penghayatan Senibina Melalui Kitab al-Quran', yang mana ianya merupakan kesinambungan daripada tajuk Kajian Topikal (SBA 4623) yang telah saya lalui pada semester yg lalu, di bawah penyeliaan dr PM Dr.Abdullah Sani Ahmad. Kajian tersebut telah merangkumi pendokumentasian ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan senibina, analisa mengenai kekerapan ayat-ayat tersebut diulang di dalam al-Quran, beserta beberapa contoh binaan di dunia yang telah mengaplikasikan ayat-ayat tersebut di dalam rekabentuk bangunan-bangunan tersebut.

Sebagai pendahuluan, sy ingin menyentuh sedikit mangenai kitab al-Quran dan mengapa perlunya kita berpegang kepada ayat-ayat yang terkandung di dalamnya. “Qur’an” menurut pendapat yang paling kuat seperti yang dikemukakan Dr. Subhi Al Shalih (2009) bereti “bacaan”. Definisi bagi al-Quran adalah kalam Allah s.w.t. yang merupakan mu’jizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan yang ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah. Dari segi perkataan al-Quran itu sendiri, kita dapat melihat bagaimana perkataan itu diolah dan memberi maksud al-Quran dalam ertikata yang sebenar. Hal ini dapat dilihat dalam penulisan yang dibuat oleh penulis Abu Aufa (2009) yang mana membahagikan maksud al-Quran itu kepada dua bahagian, iaitu secara bahasa (etimologi) dan secara syari’at(terminology). Berikut adalah ringkasan daripada penulisan tersebut :

“Perkataan Al-Quran dari segi bahasa membawa maksud “mashdar (kata benda) dari kata kerja Qoro-’a (قرأ) yang bermakna Talaa (تلا) [keduanya berarti: membaca], atau bermakna Jama’a (mengumpulkan, mengoleksi). Berdasarkan makna pertama (Yakni: Talaa) maka ia adalah mashdar (kata benda) yang semakna dengan Ism Maf’uul, artinya Matluw (yang dibaca). Sedangkan berdasarkan makna kedua (Yakni: Jama’a) maka ia adalah mashdar dari Ism Faa’il, artinya Jaami’ (Pengumpul, Pengoleksi) kerana ia mengumpulkan/mengoleksi berita-berita dan hukum-hukum. Manakala maksud perkataan al-Quran itu secara Syari’at (Terminologi) pula adalah Kalam Allah ta’ala yang diturunkan kepada Rasul dan penutup para Nabi-Nya, Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam, diawali dengan surat al-Fatihah dan diakhiri dengan surat an-Naas."


Ø¥ِÙ†َّا Ù†َØ­ْÙ†ُ Ù†َزَّÙ„ْÙ†َا عَÙ„َÙŠْÙƒَ الْÙ‚ُرْآنَ تَÙ†ْزِيلا
Allah ta’ala berfirman, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Qur’an kepadamu (hai Muhammad) dengan beransur-ansur.” (al-Insaan:23)

Kandungan Al-Quran itu merangkumi ayat-ayat yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti mengatur cara hidup bermasyarakat, cara beribadat, pembahagian harta pusaka, urusan kekeluargaan, urusan pentadbiran dan pembangunan negara, urusan pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua kandungan ini tetap menjadi sumber rujukan yang unggul dan abadi sehingga ke hari kiamat . Jumlah surah yang terdapat dalam al-Qur’an adalah sebanyak 114 surah; yang mana nama-namanya dan batas-batas bagi setiap surah, serta susunan ayat-ayatnya adalah menurut ketentuan yang ditetapkan dan diajarkan oleh Rasulullah sendiri.

Dengan penerangan yang telah disampaikan melalui al-Quran itu sendiri maka jelaslah al-Quran merupakan kitab suci bagi agama Islam. Umat Islam di seluruh dunia percaya bahawa al-Quran adalah sebagai perantaraan antara Tuhan kepada manusia melalui Rasulallah s.a.w. Kitab suci Al-Quran atau kalam Allah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, melalui malaikat jibril a.s secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun . Umat Islam percaya bahawa ianya telah dikumpul dan ditulis di atas arahan sahabat baginda S.A.W iaitu Umar bin al-Khattab dan Abu Bakar al-Siddiq sebaik kewafatan baginda Rasulallah S.A.W.


Poster yang dihasilkan untuk subjek Kajian Topikal (SBA4623)

tangkak masterplan model making (2010)

seperti biase, jika diberi pilihan sama ada utk membuat physical @ virtual model dalam projek studio, ak lebih suke memilih utk membuat physical model... sbb2 nyer...

pertama; ruang bekerja yg lebih luas...
kedua; keadaan en.lappy yg x berape sehat sjk kebelakangan ini (sering hang2, usahkan sketchup, adobe juge senang hang....)
ketige; physical model memerlukan skill serte ketelitian...(ak suke part itu)
and lastly; boleh dibuat dgn santai...sambil wat model, leh layan lagu kuat2 @ borak2 serta melalut2 dgn teman2...heee...

concept yg diketengahkan utk project masterplan kami adelah 'agro revivalism', iaitu mengenang semula Tangkak sebagai sebuah bandar yg sebenarnye berkembang dr aktiviti pertanian serta membolehkan ianya memperoleh sebuah identiti yg jitu buat masa hadapan...

nasiblah dapt group members yg sporting2 sumenyer... sume keje jd lebih senang... finally, thanks a lot for those involved in this masterplan project...veelai,vunfang,PC,paan,atta and ala...thenks a lot guys! =)





"Shaping My Punggol" Competition (2009)

This was the 2nd project we did under Mr.Hong's workbase, where we had participated in a competition announced by HDB of Singapore... i was assigned to be the model making group leader during dat tyme... the most important element to be highlighted in dis model was the concept of 'rock' dat we have proposed for dis new housing area... the model making process took place at mr.hong's house, located in Tmn Universiti, Skudye... n we have finally finished this model after 8days n 8night at his house... it was really tiring n we were really exhausted ~.~


The electrical ligthing is put at the centre of these buildings, where it helps to enlighten the four landmarks of this proposed new HDB housing...


Some new technologies are applied where artificial rainbow can be created at the centre of the housing area.....


Final product of the model... i should thank all d group members for their highly cooperation while doin' the tasks given... thanks a lot guys!(aida,sing ning,hairi and aizol)

first year.fundamental studiO~ mr.one+ar.marzuki

hari ni boss tade...keje ak pn da seap...sambil2 tunggu arahan terbaru dr boss...ak belek2 folder portfolio...terbukak satu files yg ak namekan 'mr.one'.... tertengok pule pic model2 yg penah ak buat mase 1st year dulu...walaupon byk kali redo-redo an mase nie...bile teringt balik...kelako pn ade...~ these are some of d design projects during the fundamental studio...
cheers.


buat windmill seap mase cuti... tp salah konsep...kene redo...haha...[penat jep bawak mende nie nek bus dr kelate ke jb] huhu....


'relief'...medium: soft board+plaster of paris... ni adelah acuan sebelum plaster dicurahkan ke dalam nye...so kene berfikir secara terbalik....maksudnye, dgn membuat acuan sebegini, bagaimana pule rupe plaster itu sebaliknye....


'cubic' yang ini ak agak suke kerane dr.rashid puji mase tu...haha...task die kene fikir nk buat sumthing yg akhirnye akan membentuk cubic...medium: softboard+stick...gabungan structure+solid block membentuk cubic versi fadhlina... paling suke bahgian pinkish yg kat tgh2 tuh sbb die nampak seolah2 floating...


'planes' yang ini ak ingt ak kene redo byk kali...haha...mr.one ckp, "this is too complicated... i need sumtin which is much mOre simpler..." aiyoo...

sedar x sedar...skunk ak da 4th year... after dis semester break... insyaAllah ak bakal menjalani 5th year... cepat sgt...design pn ntah pape lagi.... huhu ~.~

Masjidil Tarbiyyah al-Alim

I designed this building when i was in en.azmi sahal's workbase (2nd year 2nd sem), one of d most memorable semester i ever had... medium: pencil and charcoal di atas beberapa A1 (pagi2 balik hostel, muke mesti hitam separuh akkibat dari penggunaan charcoal yg agak melampau)

the design of this mosque was done without concentrating on the potential site... no site visit at all, because he wanted us to explore and look into the soul of a mosque in terms of spiritual+community values to serve the users... my design concept was based on 'knowlegde' (ilmu) where the ideas come from the phrase 'iman, ilmu dan amal' where knowledge was the most important thing tht is stressed in Islamic values...

the first surah iaitu al-'alaq juga menyentuh tentang ilmu, di mana sebahagian kandungannya adalah seperti berikut...
[1]Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2]Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3]Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
[4]Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
[5]Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

the name of 'Masjidil Tarbiyyah al-Alim' derived from the word 'tarbiyyah', which means the process of learning, education in terms of the soul, mind and one' physical body, while the word 'al-alim' represent one's knowlegde... overall design of this mosque was derived from several Surahs in al-Quran which represents knowlegde in Islam, in terms of its facade development, space arrangement and also landscape design surround it...

Overall... kalaupun design ini tidak seberapa (yg buruk itu dtg daripada ak sendiri)... hati jadi tenang bile mendalami ilmu berkaitanNya...

Proposed MIA Art Campus




This is one of ma favourite design, which i did in high-rise studio last year...(4th year, 1st sem) with en.nurol azman's workbase. the site took place in Kuala Lumpur, next to Renaissance Hotel and near to LRT Dang Wangi... type of building usage is an art campus, which i hv choosen MIA (Malaysia Institute of Art) as ma cliet... concept development derived from the movement all activities surround it, where the site is located in a heavy-movement area..., surrounded with LRT and monorail lane, and near to the KLCC, ended up with d concept of 'motion'... precedent study was taken from proposed Kiss Tower which will be built in Kuala Lumpur oso...

The important things to be highlighted in this exercise are how to make the outlook of this building RESEMBLES the activities inside it, and also the consideration of public and private spaces separation in this building, since it will serve 3 types of main users, which are d visitors (art lovers-gallery), students (art campus-divided into 5main faculties) and also the workers (lecturers,managemant staffs, etc...)

hurm....

ari nieh terpakse stay d ofis lagi... sbb... terlambat bace msg boss bagi... ptotnye dr td kene hantar hardcopy brochure ke kdai printer... disebbkan terlambat dpt msg, make terpakse tunggu auntie printer dtg hantar copies kul 7 ini... seorang2 di sini... xsuke... ~.~"

holiday, anyone?

After being trapped in disasterous semester ever –urban masterplan semester- dis sem break seems 2 be really essential. Returning back to ma hometown for about 2weeks was d most exciting+precious moments 2 be enjoyed durin' d period... at least i hv a lot more tyme to be spent with my love ones... My mum+dad... Oyeah... rite now still missing them although i just left them yesterdey... ='(


Rumah yg paling ak syg smpye skunk....

However, although I’m still in d semester break, there’re a lot of things to be settled down before d skool opens...oh no...~.~

+ thesis proposal (Tmn Sutera,JB ) – I’m so slow-slow-slow in dis… =(
+ practical report + diary+ log book 2 be sent 2 Jabatan
+ model making guidelines book writing (huhu…really need tyme fo dis, I’ve promised 2 mr.hong long ago)
+comic n poster competition for amateur (well,,,depends on well-tyme-management…hopefully cn finish it b4 d due date)
+ tasks given by ma boss during dis practical training...~.~

Afterall, a lot of fun stuffs happening around me recently… alhamdulillah, praise 2 the God… thanks for those people yg menceriakan hari2 ak... at least it help me 2 forget all those stup*d problems surround ma head… it’s not only from ma frens, but oso comes from ma family+lec… special dedication for a fren for his guidance n support throughout d day… really appreciate it n eager to share n learn a lot of excitin’ things from him…

+ (^-^)+

introduksi diri

Salam…

blog ini mula ditulis pada tanggal 3rd may 2010… tanggal yg sama menjalani praktikal buat hari pertama… stlh setahun, kembali pada ofis+rumah sewa yg sama… mencuri sedikit masa sementara boss belum ada… sudah lama tidak menulis… rasenye sudah tinggalkan bidang ini sejak form 5 lagi… tp bak kate sifoo…penulisan perlu jujur dan ikhlas dr hati… walaupun sebenarnye x pandye pn nk berblog ini... tp mencube utk berbasa basi...

***