.jangan.bersedih.[part2]

Sedih Dalam Mencari

“Dalam hidup ini, apa yang kita cari? Jawapannya berbagai. Ada yang mencari harta, teman sejati, keseronokan, hiburan dan ada yang mencari benda-benda yang pelik-pelik. Apa pun yang kita cari, kadangkala ia membawa kegelisahan dan keresahan di hati – apakah akan bertemu ataupun tidak?

Kalau saya bertanya pada saudara, apakah pencarian yang lebih besar daripada mencari Tuhan? Apakah pencarian yang lebih bermakna, yang lebih hebat, dari mencari Tuhan?

Tidak ada nikmat selain bertemu dengan Khaliq. Tidak ada nikmat selain bertemu dangan Allah SWT. Dan Alhamdulillah, dengan nikmat iman yang dibawa oleh Rasulullah SAW, kita mengenal Tuhan kita.”

Syukur ya Allah...

Takut Tak Dapat

“Rasa gelisah datang manimpa manusia, kerana kurang-nya keyakinan terhadap Allah SWT. Ada yang resah gelisah kerana takut x dapat sesuatu. Dia bekerja siang dan malam mencari harta dan wang ringgit. Dia tidak yakin dengan Allah.

Dia lupa bahawa Allah yang memberikan rezeki, Allah yang mengurniakan rezeki serta kadar rezeki untuk seseorang. Yakinlah saudara. Keyakinan itu akan menghilangkan keresahan, kegelisahan, kesedihan, serta kedukaan di hati.”

Takut Hilang

“Ada orang bersedih kerana hilang sesuatu. Hilang harta, hilang anak, hilang suami, hilang isteri. Dia menjadi dukacita. Terkadang-kadang dia hilang punca. Mengapa harus demikian?

Laa tahzan, jangan bersedih. Bukankah segala apa yang Allah kurniakan kepada kita hanyalah pinjaman sementara. Tiada yang kekal.

Allah beri, Allah tarik kembali. Bukankah itu adat ,meminjam? Kita hanyalah meminjam harta daripada Allah SWT. Dan jikapun kita katakana bahawa kita pemegang amanah Allah, maka sifat orang yang memegang amanah ialah suatu masa dia terpaksa memulangkan semula amanah itu kepada sang empunya.”

Sedih Kerana Masalah

“Apabila musibah menimpa, Allah tarik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu nikmat untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.”

Sedih Kerana Kesalahan


“Terkadang kesalahan kita itu terlalu mencangkam perasaan kita. Akhirnya kita bersedih. Ada yang begitu murung, sedih kerana kesalahan yang menghantui fikirannya.

Tapi mengapa harus bersedih? Bukankah Allah maha pengasih maha penyayang? Bukankah Allah ghaffaar? Bukankah Allah tauwaab? Allah maha pengampun, Allah penerima taubat. Berlapang dada kepada Allah. Ya benar kita buat dosa, kita buat salah, tapi Allah sentiasa menanti kehadiran kita untuk menerima taubat kita.”

*Entri ini adalah rumusan yang di-ambil dari buku Jangan Bersedih oleh Dr. Badrul Amin Bahron, bekas pensyarah undang2 di Universiti Islam Antarabangsa M’sia (UIAM)*

Melihat sekeliling. Terdiam tanpa sebarang bicara. Benar, Allah mengurniakan aku dengan pancaindera yang sempurna. Segala keperluan asas juga mencukupi. Apa lagi yang kau mahu Fadhlina? Terdiam lagi. Tatkala di-uji dengan perkara2 kecil sahaja, aku terkadang menjadi leka dan hilang punca. Kadang-kadang aku bersedih, kadang-kalang mengeluh mengenang nasib diri. Sedang-kan aku terkadang lupa, masih ramai lagi manusia yang mempunyai nasib yang jauh susah dari diri ini. Manusia kan di-uji dengan pelbagai cara, supaya kita semua dapat berfikir serta merenung akan keesaan-Nya. Syukur... Minda ku masih lagi menjejak alam nyata. Aku semakin bertenaga.

Untuk renungan bersama. Semoga kita semua sentiasa dipayungi rahmat kebesaranNya. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk serta hidayah kepada semua. Semoga hidup kita akan sentiasa diberkati oleh-Nya. Amin...

0 comments:

Post a Comment