Pendahuluan

Assalamualaikum w.b.t...

Berikut merupakan cadangan projek yang akan saya laksanakan bagi menjalani pre-tesis bagi semester 1 (2010/2011) yang akan datang. Tajuk projek tahun akhir yang telah dipilh adalah 'Penghayatan Senibina Melalui Kitab al-Quran', yang mana ianya merupakan kesinambungan daripada tajuk Kajian Topikal (SBA 4623) yang telah saya lalui pada semester yg lalu, di bawah penyeliaan dr PM Dr.Abdullah Sani Ahmad. Kajian tersebut telah merangkumi pendokumentasian ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan senibina, analisa mengenai kekerapan ayat-ayat tersebut diulang di dalam al-Quran, beserta beberapa contoh binaan di dunia yang telah mengaplikasikan ayat-ayat tersebut di dalam rekabentuk bangunan-bangunan tersebut.

Sebagai pendahuluan, sy ingin menyentuh sedikit mangenai kitab al-Quran dan mengapa perlunya kita berpegang kepada ayat-ayat yang terkandung di dalamnya. “Qur’an” menurut pendapat yang paling kuat seperti yang dikemukakan Dr. Subhi Al Shalih (2009) bereti “bacaan”. Definisi bagi al-Quran adalah kalam Allah s.w.t. yang merupakan mu’jizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan yang ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah. Dari segi perkataan al-Quran itu sendiri, kita dapat melihat bagaimana perkataan itu diolah dan memberi maksud al-Quran dalam ertikata yang sebenar. Hal ini dapat dilihat dalam penulisan yang dibuat oleh penulis Abu Aufa (2009) yang mana membahagikan maksud al-Quran itu kepada dua bahagian, iaitu secara bahasa (etimologi) dan secara syari’at(terminology). Berikut adalah ringkasan daripada penulisan tersebut :

“Perkataan Al-Quran dari segi bahasa membawa maksud “mashdar (kata benda) dari kata kerja Qoro-’a (قرأ) yang bermakna Talaa (تلا) [keduanya berarti: membaca], atau bermakna Jama’a (mengumpulkan, mengoleksi). Berdasarkan makna pertama (Yakni: Talaa) maka ia adalah mashdar (kata benda) yang semakna dengan Ism Maf’uul, artinya Matluw (yang dibaca). Sedangkan berdasarkan makna kedua (Yakni: Jama’a) maka ia adalah mashdar dari Ism Faa’il, artinya Jaami’ (Pengumpul, Pengoleksi) kerana ia mengumpulkan/mengoleksi berita-berita dan hukum-hukum. Manakala maksud perkataan al-Quran itu secara Syari’at (Terminologi) pula adalah Kalam Allah ta’ala yang diturunkan kepada Rasul dan penutup para Nabi-Nya, Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam, diawali dengan surat al-Fatihah dan diakhiri dengan surat an-Naas."


إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ تَنْزِيلا
Allah ta’ala berfirman, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Qur’an kepadamu (hai Muhammad) dengan beransur-ansur.” (al-Insaan:23)

Kandungan Al-Quran itu merangkumi ayat-ayat yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti mengatur cara hidup bermasyarakat, cara beribadat, pembahagian harta pusaka, urusan kekeluargaan, urusan pentadbiran dan pembangunan negara, urusan pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua kandungan ini tetap menjadi sumber rujukan yang unggul dan abadi sehingga ke hari kiamat . Jumlah surah yang terdapat dalam al-Qur’an adalah sebanyak 114 surah; yang mana nama-namanya dan batas-batas bagi setiap surah, serta susunan ayat-ayatnya adalah menurut ketentuan yang ditetapkan dan diajarkan oleh Rasulullah sendiri.

Dengan penerangan yang telah disampaikan melalui al-Quran itu sendiri maka jelaslah al-Quran merupakan kitab suci bagi agama Islam. Umat Islam di seluruh dunia percaya bahawa al-Quran adalah sebagai perantaraan antara Tuhan kepada manusia melalui Rasulallah s.a.w. Kitab suci Al-Quran atau kalam Allah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, melalui malaikat jibril a.s secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun . Umat Islam percaya bahawa ianya telah dikumpul dan ditulis di atas arahan sahabat baginda S.A.W iaitu Umar bin al-Khattab dan Abu Bakar al-Siddiq sebaik kewafatan baginda Rasulallah S.A.W.


Poster yang dihasilkan untuk subjek Kajian Topikal (SBA4623)

0 comments:

Post a Comment