Pre Tesis Senireka (final presentation)

Salam
Berikut adalah cadangan rekabentuk bagi kompleks Islam Taman Sutera yang diketengahkan mengikut analisa tapak serta konsep yang ingin diterapkan. Rajah2 ini merupakan sedikit sedutan daripada 'board' yang telah dipersembahkan semasa 'final presentation' yang belansung semalam. Tajuk kajian yang dijalankan adalah "Rekabentuk Berlandaskan Konsep Tauhid; Cadangan Rekabentuk Kompleks Islam Taman Sutera Johor Bahru.(sila klik pada 'image' untuk saiz yang lebih besar)









Goyah...?

Sebelum semester baru bermula dahulu
Aku ada menyimpan suatu matlamat
Matlamat hidup yang ak dah siap-siap set elok-elok kan dalam kepala hotak
Sebelum memasuki dunia arki yang penuh pancaroba ini
Yakni bermula semester ini
Ak berikrar mahu menjadi seorang yang teramat positif
Mahu berfikir yang elok-elok sahaja
Menolak segala perkara negative
Ingin menutup mata ke atas semua orang
Muhasabah diri sendiri sebelum menyalahkan sekitar
Namun kini aku tersasar
Matlamat hidup agak tergoyah
Fadhlina... Please lah...
Just focus on ur own life.

Ignore others.

Okey?

Cuba Lagi

Petang tadi aku+my besties (paan+piqa) sibuk berkaraoke di cubic sendiri lantaran block studio di sebelah sana terputus bekalan elektrik-nye. Selepas mereka mem-blahkan diri, aku pun mengusha-lah juge video-video yang terdapat dalam ruangan youtube, ne taw ade video-video yang syiok ker tetibe...then suddenly i found out this video + maka terus terjatuh chenta dgn lagu ini dlm sekelip mata...kerna-nya ia adalah suatu lagu motivasi yang dapat memotivatekan diri aku yang kurang bermotivasi lately ini...ak layankan sahaja lagu ini dgn senang hati...tadaaa..."Cuba Lagi" by Malique + Lah...:)

Idea dan Pendekatan

Alhamdulillah, pada 23 September yang lalu saya telahpun melalui tesis crit yang ke-3 yang juga disertai oleh seorang external panel iaitu Ar.Razin selain daripada panel-panel Regionalism (Pn.Jess,Pn.Ruby + En.Fawaz). Berikut adalah ringkasan daripada power point presentation yang telah dipersembahkan pada hari tersebut (daripada rangkuman keseluruhan sebanyak 54 slides):













Merujuk kepada kajian kes tersebut, maka perancangan ke atas tapak iaitu di Taman Sutera telah dijalan-kan seperti berikut :









Pada masa ini saya sedang bersedia untuk tesis crit yang ke-4, iaitu lebih kepada mendalami konsep-konsep tauhid, bagaimana ingin mencapai konsep tersebut serta perancangan ruang-ruang yang bakal dibina di dalam kompleks tersebut.

Pemimpi Kecil

Kisah seorang pemimpi kecil
ingin selalu bermimpi indah
Dibuai misteri bayangan malam
Walau malam itu kelam.
Dan bayangan juga gelita.

Dalam hati terkadang terdetik
Alangkah indah mendakap bayangan
Menggenggam ia tanpa menjauh
Memeluk erat, mengharap diri tidak jatuh
Hanyut bersama berpaut teguh
Agar sepi tidak menyuluh

Sedang ia tersedar
Hakikat sebenar bayangan pasti
Semakin di-kejar semakin ia lari
Lalu pasrah memendam di-hati
Mengintai bayangan mengharap ia tidak pergi
Kerna mimpi bukanlah ilusi
Terlalu jauh untuk direalisasi

Bisik pemimpi di dalam hati
Tuhan...jika bayangan bukan-lah milik pemimpi
Bangunkan ia dari mimpinya
Biar ia tersedar
Dan berjalan berpaksi realiti
Walau mimpi tidah seindah imaginasi

"Ya Allah,kalau dia bkn jodohku , kau BUANGKAN lah sgala prasaan syg,cinta & rinduku padanya. Namun kalau dia adalah jodohku , kau CAMBAHKAN lah sgala prasaan syg,cinta & rinduku padanya sehingga hati ini tiada niat utk berpaling.Amin..."
(8th Oct 2010,00:02am)

Aku ingin...

Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

*one of my favourite song...Susun Silang Kata by aizat

archiweek 2010

Salam.
Sedikit perkongsian gambar-gambaran yang mengenai Archiweek yang aku jalani bersama kanak-kanak riang selaku seorang Stranorian pada semester ini...

Pada suatu malam yang agak hening, bersamaan 1st October 2010 kami bersama-sama berusehe membuat banner event bersame-same,yakni HIDDEN banner making, yang merupakan pengenalan terhadap malam multimedia yang bakal di-anjurkan oleh warga Strano pada Jumaat malam yang bakal mendatang...





Dan pagi tersebut dengan kemengantukan yang amat akibat semalaman membuat banner aku menghadirkan pula diri ke majlis sukan Archileague,yakni hari sukan bagi para warga arkitektur utm skudai...setiap batch di-wajibkan menghantar wakil2 untuk pelbagai sukan yang dianjurkan...(tapi aku xmain pon,hanya dtg utk bergambar+makan-makan sahaje...:p)





Dan pada malamnya pula kami manghadiri sebuah majlis ala2 pesta tanglung yg dianjurkan oleh junior kami, Vitrovious (3rd year) dgn dress code hitam + merah (walaupon ak dapati x ramai pon yg mematuhi dress code tersebut...) -_-"





Seharian yang sgt memenatkan,namun pengalaman macm gini bile lagih nk cari beb...selagi masih ada masa, hargai-lah segala peluang yang ada...:D

M.A.L.A.S @%%^&*((###())

Okei.ni sesi luahan perasaan aku.no offense.
Aku nak membebel sorang-sorang kat sini.

Lately ini, perasaan M.A.L.A.S mula menguasai diri...huu...bukan aku sengaja mahu menjadi M.A.L.A.S, tetapi disebabkan masih byk assignment lain mengganggu aku...assignment group work-bende yang paling aku xsuke dalam sejarah hidup.sebabnya aku selalu menjadi kuli.choih...

Mahu je ak jeritkan pada semua...aku x suke gruuupppp weeerrrkkkk!!!!
jgn bagi aku jadi kuli korang leh x leh x leh x...?
haishhh...

Nasib baik presentation tadi di-puji.
Sejuk hati aku...tapi...
Buat sorang-sorang,markah ramai-ramai...byk chantek...aku bukan menyalahkan semua orang dalam group tersebut,tetapi ade orang-orang tertentu yang aku x gemar (yu knoe who la...)

Ok lah... tu jek...luahan perasaan...
Stop.aku penat.aku malas.
Disebabkan perasaan M.A.L.A.S, kerja-ku dah terbantut...
Sehingga semalam ada orang sudah bertanyakan kerja aku...
“Fadhhhh...mane design akuuu...”
Sorry boss...!

Sekarang aku mahu minum nescafe...
And sambung kerje individual work...
Kerja yang aku paling suka dalam sejarah hidup...


:-P

acara menarik sepanjang ramadhan...








sudah lama...


lama sudah tidak menjelajah laman ini.

mungkin kerna kesibukan pelbagai aktiviti di utm, seperti mencari info mngenai thesis studio, pergi ke site utk site inventory, kerja-kerja kesetiausahaan yang sgt mencabar jiwa dan minda, mahupun assignment2 yang menimbun2 diberi oleh lecturer walaupon sem ini ak hanya mengikuti dua subject laen selain studio (setiap kali kelas pule mesti ade test,bengang ai,taw...~)

lagipun, aku sudah mula mengaktifkan diri dalam extiviti sosial bersama rakan taulan di utm...terasa diri ini agak berbeda dari tahun2 sebelumnya...but i lurve it!it's pretty cool...lurve to hang out with them+involving myself in various activities organized by Architech (utm architecture student society)...maklumlah, final year...sume orang suda mula enjoy...aku jua turut terhibur...besh rupenye...:)

lagipun lagi,i hv no idea whut to be written here...nk bercerite tentang extiviti harian,semuanya hanya bende2 tipikal yang ak lakukan saban hari di kala ini...ingin menulis mengenai motivasi, diri sendiri terasa semacm lali dan xde motivasi...huh...fikiran sedang sedikit bercelaru, mungkin, kerna ak sendiri pun tidak tahu puncanya...aaaa...(kalaopun aku tahu puncanya,maaf tidak dapat diluahkan di sini,kerna....)

(+.+)

freelance?

Pergh,rasenya agak lama juge aku tidak menjelajah blog ini...kerna kesibukan tatkala mengejar bende2 berkaitan thesis+site analysis gamaknya, menyebab-kan ak xsempat nk membelek-belek blog ini...yeyeh...sekarang aku mmg agak bizi di-sebabkan telah bersetuju menjalankan freelance utk projek sebuah masjid dan kompleks agama yang mendapat peruntukan sebanyak rm10 million di Taman Sutera Johor Bahru...(menurut my supervisor, wang tersebut dibiayai oleh seorang hamba Allah yang jutawan...semoga Allah merahmati dan memberkati hidup dermawan seperti beliau...=)

Pada hakikatnya aku mmg excited nk memulakan projek tersebut, walaupun agak nervous dengan kekangan masa yang agak terbatas...sungguh, aku xtipu neh, peluang ini datang tanpa di-jangka sebab ianya datang secara tiba-tiba walaupon aku neyh jauh panggang dari api nk memikirkan mengenai peluang keje sambil belajo neyh...lebey-lebey lagi berkaitan dengan arkitektur, kalao setakat keje menjage budak-budak di tadika ataupun menjadi promoter Streamyx tuh dah biaselah...err...aku pun terase pelik dgn diri sendiri nih, tapi aku tahu there must be a reason for this, maybe a nice reason, insyaAllah =) terima kasih Tuhan...

Bagaimanapun, kedudukan skrg agak goyah kerna terpaksa mem-balance kan antara project tersebut dan juga thesis study, and most importantly, I have to convince everyone that my thesis proposal should merge with whut I will propose in the real project. Kalau di-ikutkan hati nurani ini, macam2 bende aku terfikir kerana merasakan diri ini tidak mampu nak menjalan-kan kerja tersebut...tetapi bila memkirkan ma+ayah aku yang dah byk berkorban demi anak-nya yg xhabeh-habeh study agih walaopun dah 5tahun di bumi UTM rimbun bernaung nih, aku terima tawaran tersebut dengan hati yang agak berdebor-debor sebenarnya...soalan yang sering terdetik dalam hati--> sempat ke nih?mampu ke aku? Hurm...

Masalah utama apabila sudah memasuki dunia thesis ini adelah ketiadaan kenderaan utk melawat site...itulah, ade lesen kete moto pon simpan la smpai 5tahun sape suro...huhuhu...hasil-nya abang kandung akulah yang menjadi mangsa menemani aku melawat tapak tersebut, dah 3kali rasanya...syok juga pergi ke sana kerana orang-orang di sana baik-baik belaka...ini memudahkan kerja-kerja aku+membuatkan aku semakin bersemangat nk meneruskan kerja tersebut. Nasib baik semester ini aku tak byk amik subjek lain, jadi masa utk keje+thesis buleh dibahgikan dgn agak sama-rata...kalao xpon, it still depends on me...i believe in dis--> kalo one day Dia takdirkan aku gagal, bukan-nya salah orang lain tetapi mestilah kene menyalahkan diri-sendiri ye tak...


photo: site@Taman Sutera

Sebenarnya aku agak kelayuan juga akhir-akhir ini disebabkan masa yang agak tidak mencukupi...mungkin kerana hasil dari trip ke mersing sbg fasilitator pelajar-pelajar senibina tahun satu yang aku lalui tempoh hari,menyebabkan masa utk menyiapkan layout masterplan Taman Sutera tersebut agak goyah...wuhuu...mahu tak mahu, aku perlu chepat. Jangan nak ngengade buat keje lambat-lambat...dan hasil-nya...tadaaa...seap gak tadi...heppy-heppy ^^...walaopun hasil tersebut perlu di-improvise di sini sane, tetapi at least I’ve done something for the time being walaupon dgn perasaan yang bercampur-baur...n move forward and learn from the mistake...harapn-nya, hopefully I will succeed sumday...Godwilling...aku mahu berjaya...di dunia juga akhirat...paling penting, aku nk bayor balek duet ma ayah aku neyh...kasihan mereka menanggung aku yg belajo lame-lame nih...maaf ye ma+ayah...huu...

full stop.

=)

oh ye...rindu kamera saye...
cepat-la balek...huhu

semangat baru \(^_~)/





cubicle barOo...semangat barOo...5th year edy...gudluck fadh!
(tanak pindah2 dah...tempt ni besh...)