hati.ini.gundah-gulana.sebenarnya.



Perjalanan...
dari Kuala Lumpur-Machang-Johor Bahru...memang agak memenatkan...
tambahan pula...harga tiket yg agak mahal...serta kepulangan-ku ke rumah hanya utk beberapa hari sahaja...ada yang berkata...tidak memadai membuat perjalanan sebegitu...bukan-kah boleh sahaja aku meneruskan perjalanan dari Kuala Lumpur, terus ke Johor Bahru, tempat pengajian-ku?

Namun...hati kecil berkata...aku mesti pulang...mahu pulang ke sana...
aku perlu...
tidak mahu lagi diri ini menyesali hari-hari yang telah berlalu...
aku mahu berjumpa mereka...peluk mereka erat-erat...jaga makan minum mereka...
aku tahu...kalaupun kudrat mereka masih ada, masih gagah walaupun dibendung usia tua yang menjengah tiba...

Syukur...sempat aku meluangkan masa bersama mereka walaupun hanya beberapa hari sahaja...
sempat aku masakkan bubur nasi kegemaran ayah...sempat aku mengemas rumah berusia 22tahun itu yang semakin di-mamah usia...sempat aku menemani ibunda menonton berita di rumah tatkala ayahanda ke masjid pada malam-malamnya...

Kini...aku di-sini...di-tempat pengajian-ku yang sudah masuk tahun ke-5...
sebenarnya hati-ini sdg gundah gulana...
kerna hari itu...teringat kata-kata ayah bercerita...
kesihatan-nya mula terganggu semula...
dan tadi...abang-ku bercerita suatu perkhabaran berita...
perihal sakit ayahanda yang makin ketara...

Aku mungkin kelihatan biasa...namun...
sesungguhnya kala ini...
risau.hati gundah gulana.
ya Allah...peliharalah kesihatan mereka berdua...
panjangkanlah umur mereka...
aku tidak punya apa-apa selain mereka...
aku belum puas bermanja...hati mahu hadiahkan sebuah kejayaan pada mereka...

Tuhan...tolong...

:'(




foto: Dia & Dia - cinta hati saya...

*Ditulis tatkala rakan-rakan sedang asik melayan Pusingan Akhir Piala Dunia, hati resah gelisah memikirkan perkara ini,hingga mengganggu tidur malam yang tidak lena.

0 comments:

Post a Comment