Showing posts with label .tmn.sutera.. Show all posts
Showing posts with label .tmn.sutera.. Show all posts

Pre Tesis Senireka (final presentation)

Salam
Berikut adalah cadangan rekabentuk bagi kompleks Islam Taman Sutera yang diketengahkan mengikut analisa tapak serta konsep yang ingin diterapkan. Rajah2 ini merupakan sedikit sedutan daripada 'board' yang telah dipersembahkan semasa 'final presentation' yang belansung semalam. Tajuk kajian yang dijalankan adalah "Rekabentuk Berlandaskan Konsep Tauhid; Cadangan Rekabentuk Kompleks Islam Taman Sutera Johor Bahru.(sila klik pada 'image' untuk saiz yang lebih besar)









Idea dan Pendekatan

Alhamdulillah, pada 23 September yang lalu saya telahpun melalui tesis crit yang ke-3 yang juga disertai oleh seorang external panel iaitu Ar.Razin selain daripada panel-panel Regionalism (Pn.Jess,Pn.Ruby + En.Fawaz). Berikut adalah ringkasan daripada power point presentation yang telah dipersembahkan pada hari tersebut (daripada rangkuman keseluruhan sebanyak 54 slides):













Merujuk kepada kajian kes tersebut, maka perancangan ke atas tapak iaitu di Taman Sutera telah dijalan-kan seperti berikut :









Pada masa ini saya sedang bersedia untuk tesis crit yang ke-4, iaitu lebih kepada mendalami konsep-konsep tauhid, bagaimana ingin mencapai konsep tersebut serta perancangan ruang-ruang yang bakal dibina di dalam kompleks tersebut.

Client Requirement & Preferences

During the last discussion on facebook (before I started doing my practical training in KL), i've managed to post some brief on the ideation of my thesis proposal, and get some feedback from En. Fawaz, Pn.Ruby Mursib and Pn.Suriati Harun, as well as Hj. Zahran Ismail, who is a resident of Taman Sutera. Hj. Zahran Ismail is the Vice President for JPIS (Jemaah Penduduk Islam Sutera. Based on the online discussion, here are some of the client preferences that i got (basically stated by Hj.Zahran, copy+paste from my Facebook =)

a) this should be a multipurpose to serve the community...for chldren tuition,women cooking/rligious classes and activities,teenagers activities..mb futsal,volleyball,takraw,a mini library/TV?.must maintained the unique traditional kampong,woodn verandah nidentity,vry nic and cool with kolam forr wudhu'and cool place with natural greens/l aeration,without aircon.Beautiful to pull the crowd and mb become a tourist attracton but in the rtrue Islamic spirit of no wastage of money and othr resources.

b) surau appealing for all generations in its truest sense.'state of the art'Surau...

c)Plot on the southwest tu perlu didulukan dgn plan nya...kalau boleh kita recycle air ujan banyak boleh save waterkan..lagi satu jgn buat plan toilet yang standard sekarang, amek contoh di Thailand toilet lapang sesuai untuk muslim beristinjak ...

d)Zahran Ismail(24 May 2010)
"the mosque should be cooled by natural flow of breeze from the sea and rain water sjhould be recycle for use incl for wudhu'...these willminimize bil of water and current."

Analisa Awal Tapak

Sebelum cuti semester bermula, saya berkesempatan menijau tapak cadangan projek tersebut dan membuat pemerhatian terhadap keadaan tapak dan juga kawasan sekelilingnya. Lawatan dibuat pada 17 april 2010(sabtu), pada jam 6.30 petang. Berikut adalah sedikit info mengenai keadaan tapak pada masa tersebut;


Ini adalah surau Taman Sutera yang masih digunakan penduduk buat masa sekarang. Mengikut perancangan pada masa hadapan, surau ini akan dikekalkan tetapi fungsinya akan diubahsuai menjadi pusat rawatan/klinik.


Surau tersebut dikelilingi oleh kehijauan pokok2 serta landskap yang hampir memenuhi ruang tapak. Potensi yang dapat dilihat adalah bagi mengekalkan kehijauan di sekeliling kawasan ini semasa proses merekabentuk kompleks tersebut, sesuai dengan konsep Islam yang mengajak manusia mendekati alam seterusnya mengajak manusia berfikir tentang kekuasaanNya.


Kawasan surau ini juga menjadi tempat komuniti berkumpul, di mana dapat dilihat tapak khemah yang digunakan semasa kenduri-kendara. Kawasan lapang yang luas dapat menampung bilangan pengguna di kawasan tersebut, seterusnya menggalakkan interaksi antara penduduk.


Gerai panjaja yang dilihat berdekatan dengan tapak. Potensi yang dapat dilihat adalah mewujudkan pusat penjaja/gerai2 bagi meningkatkan pendapatan untuk membiayai aktiviti di kompleks agama tersebut, seterusnya menggalakkan orang ramai menghidupkan kawasan ini.


Tapak ini juga meliputi kawasan taman permainan serta rekreasi Taman Sutera. Kawasan ini menjadi tumpuan penduduk untuk menjalankan aktiviti riadah terutamanya pada siang hari. Aktiviti di taman permainan, jogging serta permainan bola keranjang dapat dilihat semasa lawatan dijalankan. Potensi kawasan ini akan diambilkira semasa proses merekabentuk kompleks dijalankan.

Bagaimanapun, analisa yang dibuat adalah belum menyeluruh kerana kekangan masa semasa lawatan ke tapak dijalankan. Maklumat akan dikemaskinikan dari masa ke masa.
=)

Cadangan Projek

Projek yang dicadangkan pada tapak tersebut adalah sebuah kompleks agama yang bakal menjadi mercu tanda (landmark) kepada Taman Sutera pada masa yang akan datang. Berikut adalah ruang-ruang yang perlu dirangkumkan pada kompleks tersebut (yang telah saya ringkaskan di dalam bentuk jadual)



Berdasarkan ruang2 ini juga, saya telah membahgikan ia kepada ruang-ruang yang lebih kecil yang perlu diambilkira di dalam sesuatu unit ruang tersebut ;



Ruang2 ini akan ditambah apabila kajian mengenai penduduk serta aktiviti mereka dianalisa kelak.

Tapak Cadangan

Tapak Cadangan adalah sebuah tapak yang sekarang ini menempatkan surau Taman Sutera serta taman permainan yang menjadi pusat riadah penduduk pada masa skrg...









Pendahuluan

Assalamualaikum w.b.t...

Berikut merupakan cadangan projek yang akan saya laksanakan bagi menjalani pre-tesis bagi semester 1 (2010/2011) yang akan datang. Tajuk projek tahun akhir yang telah dipilh adalah 'Penghayatan Senibina Melalui Kitab al-Quran', yang mana ianya merupakan kesinambungan daripada tajuk Kajian Topikal (SBA 4623) yang telah saya lalui pada semester yg lalu, di bawah penyeliaan dr PM Dr.Abdullah Sani Ahmad. Kajian tersebut telah merangkumi pendokumentasian ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan senibina, analisa mengenai kekerapan ayat-ayat tersebut diulang di dalam al-Quran, beserta beberapa contoh binaan di dunia yang telah mengaplikasikan ayat-ayat tersebut di dalam rekabentuk bangunan-bangunan tersebut.

Sebagai pendahuluan, sy ingin menyentuh sedikit mangenai kitab al-Quran dan mengapa perlunya kita berpegang kepada ayat-ayat yang terkandung di dalamnya. “Qur’an” menurut pendapat yang paling kuat seperti yang dikemukakan Dr. Subhi Al Shalih (2009) bereti “bacaan”. Definisi bagi al-Quran adalah kalam Allah s.w.t. yang merupakan mu’jizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan yang ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah. Dari segi perkataan al-Quran itu sendiri, kita dapat melihat bagaimana perkataan itu diolah dan memberi maksud al-Quran dalam ertikata yang sebenar. Hal ini dapat dilihat dalam penulisan yang dibuat oleh penulis Abu Aufa (2009) yang mana membahagikan maksud al-Quran itu kepada dua bahagian, iaitu secara bahasa (etimologi) dan secara syari’at(terminology). Berikut adalah ringkasan daripada penulisan tersebut :

“Perkataan Al-Quran dari segi bahasa membawa maksud “mashdar (kata benda) dari kata kerja Qoro-’a (قرأ) yang bermakna Talaa (تلا) [keduanya berarti: membaca], atau bermakna Jama’a (mengumpulkan, mengoleksi). Berdasarkan makna pertama (Yakni: Talaa) maka ia adalah mashdar (kata benda) yang semakna dengan Ism Maf’uul, artinya Matluw (yang dibaca). Sedangkan berdasarkan makna kedua (Yakni: Jama’a) maka ia adalah mashdar dari Ism Faa’il, artinya Jaami’ (Pengumpul, Pengoleksi) kerana ia mengumpulkan/mengoleksi berita-berita dan hukum-hukum. Manakala maksud perkataan al-Quran itu secara Syari’at (Terminologi) pula adalah Kalam Allah ta’ala yang diturunkan kepada Rasul dan penutup para Nabi-Nya, Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam, diawali dengan surat al-Fatihah dan diakhiri dengan surat an-Naas."


إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ تَنْزِيلا
Allah ta’ala berfirman, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Qur’an kepadamu (hai Muhammad) dengan beransur-ansur.” (al-Insaan:23)

Kandungan Al-Quran itu merangkumi ayat-ayat yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti mengatur cara hidup bermasyarakat, cara beribadat, pembahagian harta pusaka, urusan kekeluargaan, urusan pentadbiran dan pembangunan negara, urusan pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua kandungan ini tetap menjadi sumber rujukan yang unggul dan abadi sehingga ke hari kiamat . Jumlah surah yang terdapat dalam al-Qur’an adalah sebanyak 114 surah; yang mana nama-namanya dan batas-batas bagi setiap surah, serta susunan ayat-ayatnya adalah menurut ketentuan yang ditetapkan dan diajarkan oleh Rasulullah sendiri.

Dengan penerangan yang telah disampaikan melalui al-Quran itu sendiri maka jelaslah al-Quran merupakan kitab suci bagi agama Islam. Umat Islam di seluruh dunia percaya bahawa al-Quran adalah sebagai perantaraan antara Tuhan kepada manusia melalui Rasulallah s.a.w. Kitab suci Al-Quran atau kalam Allah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, melalui malaikat jibril a.s secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun . Umat Islam percaya bahawa ianya telah dikumpul dan ditulis di atas arahan sahabat baginda S.A.W iaitu Umar bin al-Khattab dan Abu Bakar al-Siddiq sebaik kewafatan baginda Rasulallah S.A.W.


Poster yang dihasilkan untuk subjek Kajian Topikal (SBA4623)