Pre Tesis Senireka (final presentation)

Salam
Berikut adalah cadangan rekabentuk bagi kompleks Islam Taman Sutera yang diketengahkan mengikut analisa tapak serta konsep yang ingin diterapkan. Rajah2 ini merupakan sedikit sedutan daripada 'board' yang telah dipersembahkan semasa 'final presentation' yang belansung semalam. Tajuk kajian yang dijalankan adalah "Rekabentuk Berlandaskan Konsep Tauhid; Cadangan Rekabentuk Kompleks Islam Taman Sutera Johor Bahru.(sila klik pada 'image' untuk saiz yang lebih besar)









Goyah...?

Sebelum semester baru bermula dahulu
Aku ada menyimpan suatu matlamat
Matlamat hidup yang ak dah siap-siap set elok-elok kan dalam kepala hotak
Sebelum memasuki dunia arki yang penuh pancaroba ini
Yakni bermula semester ini
Ak berikrar mahu menjadi seorang yang teramat positif
Mahu berfikir yang elok-elok sahaja
Menolak segala perkara negative
Ingin menutup mata ke atas semua orang
Muhasabah diri sendiri sebelum menyalahkan sekitar
Namun kini aku tersasar
Matlamat hidup agak tergoyah
Fadhlina... Please lah...
Just focus on ur own life.

Ignore others.

Okey?

Cuba Lagi

Petang tadi aku+my besties (paan+piqa) sibuk berkaraoke di cubic sendiri lantaran block studio di sebelah sana terputus bekalan elektrik-nye. Selepas mereka mem-blahkan diri, aku pun mengusha-lah juge video-video yang terdapat dalam ruangan youtube, ne taw ade video-video yang syiok ker tetibe...then suddenly i found out this video + maka terus terjatuh chenta dgn lagu ini dlm sekelip mata...kerna-nya ia adalah suatu lagu motivasi yang dapat memotivatekan diri aku yang kurang bermotivasi lately ini...ak layankan sahaja lagu ini dgn senang hati...tadaaa..."Cuba Lagi" by Malique + Lah...:)

Idea dan Pendekatan

Alhamdulillah, pada 23 September yang lalu saya telahpun melalui tesis crit yang ke-3 yang juga disertai oleh seorang external panel iaitu Ar.Razin selain daripada panel-panel Regionalism (Pn.Jess,Pn.Ruby + En.Fawaz). Berikut adalah ringkasan daripada power point presentation yang telah dipersembahkan pada hari tersebut (daripada rangkuman keseluruhan sebanyak 54 slides):













Merujuk kepada kajian kes tersebut, maka perancangan ke atas tapak iaitu di Taman Sutera telah dijalan-kan seperti berikut :









Pada masa ini saya sedang bersedia untuk tesis crit yang ke-4, iaitu lebih kepada mendalami konsep-konsep tauhid, bagaimana ingin mencapai konsep tersebut serta perancangan ruang-ruang yang bakal dibina di dalam kompleks tersebut.

Pemimpi Kecil

Kisah seorang pemimpi kecil
ingin selalu bermimpi indah
Dibuai misteri bayangan malam
Walau malam itu kelam.
Dan bayangan juga gelita.

Dalam hati terkadang terdetik
Alangkah indah mendakap bayangan
Menggenggam ia tanpa menjauh
Memeluk erat, mengharap diri tidak jatuh
Hanyut bersama berpaut teguh
Agar sepi tidak menyuluh

Sedang ia tersedar
Hakikat sebenar bayangan pasti
Semakin di-kejar semakin ia lari
Lalu pasrah memendam di-hati
Mengintai bayangan mengharap ia tidak pergi
Kerna mimpi bukanlah ilusi
Terlalu jauh untuk direalisasi

Bisik pemimpi di dalam hati
Tuhan...jika bayangan bukan-lah milik pemimpi
Bangunkan ia dari mimpinya
Biar ia tersedar
Dan berjalan berpaksi realiti
Walau mimpi tidah seindah imaginasi

"Ya Allah,kalau dia bkn jodohku , kau BUANGKAN lah sgala prasaan syg,cinta & rinduku padanya. Namun kalau dia adalah jodohku , kau CAMBAHKAN lah sgala prasaan syg,cinta & rinduku padanya sehingga hati ini tiada niat utk berpaling.Amin..."
(8th Oct 2010,00:02am)

Aku ingin...

Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

*one of my favourite song...Susun Silang Kata by aizat

archiweek 2010

Salam.
Sedikit perkongsian gambar-gambaran yang mengenai Archiweek yang aku jalani bersama kanak-kanak riang selaku seorang Stranorian pada semester ini...

Pada suatu malam yang agak hening, bersamaan 1st October 2010 kami bersama-sama berusehe membuat banner event bersame-same,yakni HIDDEN banner making, yang merupakan pengenalan terhadap malam multimedia yang bakal di-anjurkan oleh warga Strano pada Jumaat malam yang bakal mendatang...





Dan pagi tersebut dengan kemengantukan yang amat akibat semalaman membuat banner aku menghadirkan pula diri ke majlis sukan Archileague,yakni hari sukan bagi para warga arkitektur utm skudai...setiap batch di-wajibkan menghantar wakil2 untuk pelbagai sukan yang dianjurkan...(tapi aku xmain pon,hanya dtg utk bergambar+makan-makan sahaje...:p)





Dan pada malamnya pula kami manghadiri sebuah majlis ala2 pesta tanglung yg dianjurkan oleh junior kami, Vitrovious (3rd year) dgn dress code hitam + merah (walaupon ak dapati x ramai pon yg mematuhi dress code tersebut...) -_-"





Seharian yang sgt memenatkan,namun pengalaman macm gini bile lagih nk cari beb...selagi masih ada masa, hargai-lah segala peluang yang ada...:D